Search

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menjenamakan semula syarikat pemberi pinjam

Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan mereka sebagai pemberi pinjman wang yang sah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menjenamakan semula syarikat pemberi pinjam wang (PPW) berlesen di bawaah kementerian itu tukar sebagai Kredit Komuniti. Kata, Zuraida Kamaruddin.


Keperluan masyarakat yang ingin mendapatkan pinjaman wang terutamanya gologan peniaga kecil sangat tinggi. Oleh itu, penjenamaan semula ini boleh membantu masyarakat memilih saluran yang sah, katanya kepada pemberita sinar harian.


Beliau berkata 4,115 PPW berdaftar di bawah kementerian itu diberi tempoh tiga bulan untuk menggunakan nama baharu iaitu Kredit Komuniti dan logo baharu yang dilengkapi Kod QR pada papan tanda masing-masing.


Masyarakat boleh membuat pinjaman tanpa had dengan kadar faedah 12 peratus dengan cagaran dan 18 peratus tanpa cagaran, katanya.


Ditanya sama ada terdapat aduan yang diterima KPKT berhubung PPW sebelum ini, Zuraida berkata KPKT menerima secara purata 500 aduan setahun dan sebahagian besarnya adalah kerana kegagalan menghantar laporan atau penyata akaun.

1 view0 comments